Assalammualaikum, salam semua, hari ni 30 Syawal, Syawal terakhir untuk tahun 1438 Hijrah dan tahun masihi 2017. Jika dipanjangkan usia berjumpa lagi di tahun hadapan, in sha Allah. Dan che mat sendiri lebih sebulan bercuti dari menulis resipi di blog. Kesibukkan melanda dan satu masalahnya, bila kau dah lama cuti berblog, mood kurang rajin mula menjadi2. Nak tangkap gambar pun malas, tu belum lagi nak mengadap laptop. Mudah-mudahan lepas ni jadi rajin balik dan bersemangat..yearghh!!
Hari ni che mat kongsikan resipi quiche ayam lada hitam, tapi yang ni resipi lama dulu, Tu jam ada kat laman web Jalen, takde kat blog tiffinbiru. Jadi hari ni che mat tulis kat blog untuk anda cuba. Resipi ini menggunakan produk Jalen, dah nama pun resipi untuk Jalen, yea dak. Lepas2 raya macam ni, rasanya kalau nak mengadap biskut2 raya macam dah muak. Jadi kita ubah selera dengan hidangan yang sedikit berbeza. Jika suka inti daging, boleh gantikan isi ayan dengan daging lembu kisar, atau boleh guna daging kambing. Tak pun boleh gantikan dengan isi ikan tuna atau ikan sardine yang dalam tin. Terpulang pada selera masing2....Resipi seperti dibawah ini....
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung gandum, diayak 3 kalu
140 gram mentega tanpa garam (unsalted butter) sejuk, didadu kecil
1/3 camca teh garam halus (kalau guna salted butter, taruk secubit sahaja garam halus)
1 camca teh penuh gua aising
4 - 5 camca besar air ais
BAHAN-BAHAN INTI :-)
150 gram isi ayam bahagian dada, didadu*
1 ulas bawang putih, tumbuk halus*
3 keping hirisan nipis halia, tumbuk halus*
1/2 camc teh lada hitam biji, ditumbuk halus*(*disatukan, gaul rata dan perap 20 minit)
5 kuntum cendawan butang segar (@ yang dalam tin), hiris nipis
2 camca besar sos tiram Jalen
1 camca teh kicap lemak manis Jalen
1 biji bawang holland saiz kecil, didadu
1 ulas bawang putih, dicincang halus
1 pokok daun bawang, hiris halus (asingkan sedikit, untuk hiasan)
BAHAN-BAHAN LAIN :-)
1 biji telur + 1 kuning telur (guna telur gred A)
50 ml susu segar
2 camca besar parutan keju cheddar
Sos cili Jalen
Mayonnaise secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK PASTRI :- Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum, garam dan gula aising. Gaul rata, tambah mentega sejuk dan gaul ramas dengan hujung jari hingga mendapat bancuhan seakan2 serbuk roti. Masukkan air ais sedikit demi sedikit sambil digaul hingga adunan menjadi doh yang tidak melelat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit. Sementara itu, kita bikin inti qiuche...
- UNTUK INTINYA :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar), tumis bawang holland dan bawang putih hingga harum dan layu. Masukkan isi ayam yang telah diperap tadi. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga isi ayam berubah warna. Masukkan cendawan dan goreng sekejap. Tuang sos tiram dan kicap lemak manis, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga inti kering. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang, gaul rata dan matikan api. Biarkan inti sejuk.
- UNTUK QUICHE AYAM LADA HITAM :- Panaskan oven pada suhu 200C. Sediakan acuan qiuche @ pie berukuran 7 inci. Keluarkan doh dari peti sejuk dan canai doh setebal 0.3 cm. Alaskan ke dalam acuan qiuche tadi, ratakan bahagian dalam dan kemaskan bahagian tepinya. Potong lebihan pastry tadi. Cucuk2 permukaannya dengan garfu, alaskan dengan aluminium foil dan taruk benda berat (seperti kekacang atau beras). Bakar selama 25 minit, kemudian alihkan aluminium foil dan sambung bakar 15 minit lagi hingga pastry kering. Keluarkan dari oven dan ketepikan.
- Sementara itu, satukan telur dan susu segar, kacau rata. Masukkan inti yang telah sejuk ke dalam pastri tadi. Tuang bancuhan telur dan susu. Tabur keju cheddar dan juga baki hirian daun bawang tadi. Bakar kembali selama 20 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven, sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan dari acuan. Potong dan hidangkan dengan sos cili Jalen dan mayonnaise...Selamat mencuba!!